Friday, 23 May 2014

MEALSHAKES- Penyelesaian Masalah Sembelit Pada Kanak-Kanak





MEALSHAKES - Penyelesaian Masalah Sembelit Pada Kanak-Kanak

Kali ini ingin saya kongsikan pengalaman sendiri tentang masalah sembelit ni. 
Anak pertama yang berusia 2 tahun kerap mengalami masalah ini. Boleh dikatakan setiap hari kena sembelit.

Disebabkan masalah ini juga, saya mula cari rujukan dan tambahkan bahan bacaan berkenaan masalah sembelit ni.

http://drzubaidi.com/blog

Melalui perkongsian Dr Zubaidi Hj Ahmad di dalam blognya, bayi atau kanak-kanak akan menunjukkan tanda-tanda berikut:
       
"Antara tanda-tanda bayi atau kanak-kanak mengalami masalah sembelit apabila ia menunjukkan rasa resah atau tidak selesa ketika membuang air besar. Kanak-kanank lebih besar akan mengadu rasa sakit atau kelihatan meneran ketika membuang air besar.
Selain itu najis mereka kelihatan kering, keras, berbiji-biji seperti biji kacang. Kentut dan najis juga kemungkinan akan berbau lebih busuk"

cara mengatasi sembelit pada kanak-kanak


Sebagai ibu, apa yang meruntun hati ialah apabila mereka menangis kesakitan setiap kali kebilik air sepanjang  hari. Selagi "hajat" yang terbuku belum berjaya dikeluarkan, selagi itulah kita menjadi penungu setia di situ. Penat? Sudah tentu lah.

Berulang alik ke bilik air dengan tangisan anak yang tidak reda menambahkan stress. Apalagi kalau tangisan boleh didengar jiran sebelah menyebelah.  Silap haribulan ada yang buat aduan penderaan anak nanti. Manalah tau kan. Masyarakat sekarang lebih peka oleh kerana banyak kes penderaan berlaku.

Saya tahu ini bukanlah perkara biasa dan  saya perlu lakukan sesuatu. 

Tips mengatasi sembelit pada bayi dan kanak-kanak


Untuk masalah sembelit pada kanak-kanak ni, banyak petua sudah dicuba namun tidak berhasil. Lagipun kesannya agak lambat berbanding ubatan yang dibekalkan oleh doktor. (Cth: Lactulose). Lagipun, anak tak suka minum Lactulose ni yang rasanya macam air gula. 
Bayangkan terpaksa berkejaran keliling rumah semata-mata nak bagi sesudu teh ubat ni.
Makanya terpaksa guna cara lain seperti "blend" buah-buahan dan beri jus buah segar untuk tambahkan fiber dalam nutrisi hariannya. Namun cara ini berkesan untuk sesetengah jenis buah-buahan sahaja. Kebiasaannya perlu gunakan jenis buah berlainan setiap selang hari. Rutin yang agak leceh kan?


Jus buah sebagai fiber untuk mengatasi sembelit

Percaya atau tidak, meskipun cara di atas telah dibuat, ada ketikanya saya terpaksa mencuba langkah seterusnya seperti di bawah.

Pernah dengar tak pasal "rectal enema" ? Preskripsi ini diberikan oleh doktor bagi membantu melancarkan pembuangan najis. Kesannya sejurus selepas enema dimasukkan per rectal.  Dos untuk bayi dan kanak-kanak adalah terhad kepada 10ml sahaja sementara dewasa ialah antara 10-20ml. 


menggunakan enema jika anak sembelit



Meskipun pengunaan rectal enema ini sinonim dengan masalah sembelit, ia bukanlah penawar sebenarnya. Ia hanya memberi stimulasi atau rangsangan kepada otot-otot sekitar rectum untuk mengeluarkan najis dengan segera. 
Rasanya ibu-ibu yang ada pengalaman ke labour room pernah merasa effect segera rectal enema ni. Ada yang tak sempat ke tandas..hehe

Tapi tahukah anda,sekiranya penggunaan diteruskan, banyak masalah lain akan timbul. 
Pernah tak baca kesan sampingan penggunaannya? Mungkin tak perasan, atau mungkin dah nak cepat-cepat guna ubat tu kan? So just ignore  kertas kecil kat dalam tu kan?

Kalau nak tahu, antaranya jelas tertera ayat ini:
" Adverse effects, enema can cause rectal irritation, which can characterized by rectal bleeding, blistering, burning, itching or pain. There can also be skin irritation surrounding the rectal area"

untuk lebih faham, antara terjemahan maksudnya:

*rectal irritation   = iritasi di bahagian rektum
*rectal bleeding     = pendarahan rektum
*Blistering                =ruam berair
*burning, itching or pain = rasa panas, kegatalan dan sakit

Nampak je ayat tu rasa bersalah yang amat kerana bagi anak benda ni. Tapi apakan daya, hanya tu je caranya pada masa tu yang difikirkan boleh jadi penyelesaian. Takkan nak tunggu sampai berhari-hari kan?

Daripada blog rujukan juga turut  dinyatakan: 

Punca utamanya adalah susu formula. bayi yang diberikan susu formula lebih cenderung mendapat sembelit berbanding yang diberikan susu ibu kerana susu formula lebih sukar dihadam dan diserap ke dalam usus.

Nampak tak tang ayat susu formula tu? 

Sekali lagi dirundung rasa bersalah yang amat sangat. Sebabnya, saya tidak cukup berusaha untuk memberikan anak saya susu ibu sewaktu ia masih bayi. Susu formula yang pada mulanya saya fikir menjadi penyelesaian masalah, kini menjadi penyebab masalah.

 Saya akui, banyak perbezaan antara anak-anak yang minum susu ibu dan susu formula. Bayi saya yang kedua hanya menyusu badan, berbeza dengan kakaknya yang mula minum susu formula seawal 2 bulan. Anak kedua ini tiada masalah sembelit walaupun buang air besar selang 3 hari. 

Memang banyak kebaikan breastfeed ni. Untuk kesihatan ibu dan bayi. Tak mengapa di post akan datang akan saya kongsikan okey.

Menggunakan produk kesihatan SHAKLEE memberi kebaikan untuk saya. Manfaatnya untuk seisi rumah, baik ibu bapa hinggalah anak-anak. 

Penyelesaian masalah sembelit ini hanyalah dengan menambahkan produk MEALSHAKES SHAKLEE dalam menu hariannya.




Perisa vanila memang kesukaan anak saya. Selain melawaskan  pembuangan air besar, MEAL SHAKES SHAKLEE juga membekalkan tenaga berpanjangan kepada anak-anak. Ini penting untuk memastikan anak-anak kekal cergas dan aktif, sesuai dengan jadual harian mereka yang padat hingga ke petang.

Yang penting kita sebagai ibu bapa sentiasa menyediakan yang terbaik untuk anak-anak. 
Selain itu, haruslah istiqamah supaya manfaat diperolehi berterusan, teruskan berdoa dan bertawakal. Inshaa Allah pasti usaha anda berhasil.

Nak tahu lebih lanjut tentang MEALSHAKES SHAKLEE? Nak tahu Harga Promosi bulan ini?

Hubungi saya segera untuk pertanyaan dan konsultasi.


Nurel Saad
Shaklee Independent Distributor
ID 1136440
SMS/Whassupp: 011-29095993
www.facebook.com/mummycomfortzone
www.mummycomfortzone@gmail.com