Tuesday 10 June 2014

KURUS CARA SIHAT


Entry kali ini tentang Kurus Cara Sihat.

Ramai sangat pengguna diluar sana yang ketepikan soal kesihatan dan keselamatan dengan menggunakan produk pelangsingan yang memberi jaminan kurus dengan pantas.
Benarkah ada produk yang boleh memberi kesan sepantas 7 hari atau kurang dari sebulan?
Sejauh mana anda pasti dengan testimoni yang diuar-uarkan?

Manfaat senaman dalam mengimbangi berat badan.

Siapa yang suka berat badan bertambah kan..so dengan senaman konsisten, mampu mengekalkan berat badan unggul.




Dengan cara hidup majoriti penduduk Malaysia kala ini, pengamalan senaman sebagai rutin harian adalah sangat kurang. 
Kesibukan dengan tugas harian di pejabat, serta masa singkat di rumah mebataskan aktiviti riadah dan senaman.
Ada diantara kita yang terpaksa menggunakan cuti hujung minggu untuk membereskan tugasan dirumah. Masa untuk senaman langsung tidak ada. 

So, ada cara lainkah? Mestilah ada.


Pilihan lain untuk kurus cara sihat adalah dengan pengambilan supplemen khas dari Shaklee.

Shaklee mengamalkan 3 peringkat untuk kurus iaitu:

1) Membakar
-Pemecahan lemak dan kolestrol

2) Mendetox atau membuang
-Membuang lemak dan toksin dalam badan

3) Membina
-Untuk membina otot dan mengelakkan dari kulit menggeleber


1. Proses membakar/pemecahan lemak

Pengambil Lecithin atau Omega Guard secara konsisten boleh membantu pembakaran lemak dalam badan.
 Lecithin/Omega Guard dinamakan pengemulsi semulajadi kerana ia mempunyai kesan "Fat binder" atau dengan kata lainnya boleh melekat pada molekul lemak seterusnya membantu dalam pengingkiran lemak tersebut.






2. Proses mendetox dan membuang

Proses seterusnya yang berlaku selepas molekul-molekul lemak diemulsi dan disalurkan ke duodenum adalah penyingkiran.
Tindakan seterusnya adalah proses membersihkan usus dimana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar.
Untuk hasil yang lebih optimum, digalakkan untuk add on Alfalfa atau Herb lax. Nak ambik both lagi bagus.Bagi yang tidak sembelit, boleh mengambil Alfalfa, dan yang mengalami masalah sembelit, boleh ambil Herb-Lax..
Herb-lax  berfungsi melancarkan pembuangan najis, jadi akan menyebabkan kita lebih kerap ke tandas. Namun, ia tidak digalakkan untuk ibu menyusus kerana dikuatiri akan menyebabkan cirit birit pada bayi.





3. Proses membina otot dan mengurangkan geleber

Tujuan pengambilan protein adalah untuk megurangkan kesan geleber akibat penurunan berat badan dan penyingkiran lemak di bawah lapisan kulit.

Selain itu, ia juga bertujuan untuk meningkatkan metabolisma tubuh  untuk replenish cell, menjaga nafsu makan dan menjaga otot dari bebas lemak.

adalah disyorkan untuk mengambil Cinch Shake Mix sebagai protein terbaik. Pilihan untuk ibu menyusu pula adalah ESP selain berfungsi untuk menambahkan susu badan.ESP turut membantu mengenyangkan dan bonus kulit cantik.

Nak kurus sebelum raya?
Nak pilih set ape yang sesuai dengan bajet? 

Hubungi saya segera. Konsultasi adalah percuma dengan setiap pembelian. 
Bantu saya untuk bantu anda.


Nurel Saad

Shaklee Independent Distributor

1136440
~011-29095993~

Friday 6 June 2014

PETUA PERUT LEBIH LEPER

Ramai wanita kecewa kerana tidak mendapat perut yg kempis meskipun telah melakukan berbagai jenis senaman khusus untuk bahagian trsebut.

Rupanya, senaman sahaja tak mencukupi.

8 Tips kempiskan Perut

 1. Bertenang.
Terlalu banyak berfikir boleh           menyebabkan perut menjadi buncit.
Stress atau akan melonjakkan hormone cortisol yang dikaitkan terus dengan lemak di perut.

2. Berhenti merokok
Ramai perokok percaya merokok membantu mereka kurus namun kenyataannya, perokok mempunyai lebih lemak di perut berbanding bukan perokok.

3. Makan lebih serat.
Ia bukan sahaja berkesan untuk mengurangkan berat badan tetapi turut mengelakkan sembelit.

4. Banyak minum
Sekalipun sedang haid, anda perlu minum banyak air bg membantu mengurangkan perut kembung.

5. Lonjakan degupan jantung.
Senaman aerobik antara 45-50 minit, 5 Kali seminggu.

6. Tulang kuat
Osteoporosis akan menyebabkan tulang rapuh Dan membengkok.

7. Kempiskan perut
Bayangkan terdapat magnet yang menarik pusat anda je belakang menghala je tulang belakang. Amalkan teknis khas secara semulajadi.

8. Dapatkan senaman perut bonus
Berdiri tegak ketika melakukan senaman mengangkat berat. Cara tersebut memastikan Otot perut anda menegang.
Tumpukan perhatian membuatkan otot-otot perut anda tegang sambil mengekalkan postur bad an tetapi jangan tahan nafas and a.


Tuesday 3 June 2014

Anti oksidan dalam kunyit

Entry kali ini berkisar tentang ramuan biasa didapati di dapur untuk memasak, iaitu Kunyit.

Kunyit hidup atau nama saintifiknya ‘Curcama Domestia’ bukanlah sekadar penambah rasa dan warna pada masakan. Ia sebenarnya cukup berkhasiat dan mempunyai nilai pemakanan yang tinggi untuk tubuh. Malah jika dimakan berlebihan juga, ia langsung tidak memudaratkan badan.
Kunyit hidup dapat menurunkan kadar kolesterol dan lemak dalam badan. Malah ia juga membantu meningkatkan daya ketahanan tubuh. Kunyit juga mempunyai kesan anti-oksidan yang kuat dan mengandungi bahan dikenali ‘ergo genics’, yang dapat membantu meningkatkan prestasi dan ketahanan di bahagian hati manusia.
Kajian di India menunjukkan kunyit dapat membantu perokok mengurangkan bahan penggalak barah (carcinogen) yang terdapat dalam air kencing.

So kesimpulannya ada 3 manfaat besar kunyit hidup:
  •  menurunkan kadar kolesterol dan lemak dalam badan.
  •  meningkatkan daya ketahanan tubuh
  •  anti-oksidan yang kuat
Yang menjadi persoalannya, bolehke kita ambil kunyit dalam menu harian setiap hari? Tentu saja tak boleh. Takkan nak makan masak lomak tiap hari kan?
Silap-silap kolestrol makin naik..hehe
 
Alternatif lain pengganti kunyit
Vitamin E untuk fungsi antioksida
Lecithin dan Omegaguard untuk membantu membuang kolestrol dari tubuh.
 
Manfaat Vitamin E
  1. Mengandungi anti oksidan: membaiki peredaran darah dalam badan, menjadikan wajah berseri dan tak kusam, secara tak langsung, kulit bersih dari jerawat dan jeragat.
  2. Bantu anda melambatkan proses penuaan.
  3. Bantu anda mencegah pertumbuhan abnormal sel seperti kanser and cysts : bertindak dengan cara melancarkan saraf.
  4. Kelebihan untuk wanita lepas bersalin yang menyusukan bayi mengurangkan bengkak susu jika diambil secara berterusan, puting yang luka akibat menyusu jugak akan recover dengan cepat. dapat jugak mengurangkan stretch mark hodoh di perut.
  5. Bantu anda mengurangkan kesakitan bila PMS datang.
  6. Bantu anda mengurangkan parut luka di kulit
  7. Bagus untuk jantung sebab Vitamin E ni mengembangkan pembuluh darah dan menghalang pembentukan darah beku dari berlaku.
  8. Boleh meningkatkan pengeluaran air mani bagi lelaki.
  9. Dikenali jugak as Vitamin Cinta sebab membantu masalah kedinginan antara suami isteri.
  10. Membantu masalah pigmentation kulit. dapat mencerahkan kawasan areolar yang bertambah hitam jugak (bagi wanita lepas bersalin)
  11. Membantu dalam mendapatkan rambut yang cantik, sihat dan lebat.
Nak tambah Vitamin E dalam diet harian?
Pilihan yang bijak untuk kekal awet muda, cantik dan berseri.

Jom cantik sihat dengan Shaklee.
 
Dijamin HALAL
Mendapat Kelulusan KKM
Tiada Kesan Sampingan
Terbukti Berkesan

BERMINAT? Sila Sms/Whatsupp ke 011-29095993 SEKARANG JUGA!!!


 

Monday 2 June 2014

DIY PROJECTS

Dah lama tak menerjah blog DIY.
Rasa dah kaku jemariku tanpa aktiviti. Sabtu dan ahad sudah lama tak sulam2, jahit menjahit..rindu nak pegang mesin jahit. Hmm, biasalah dengan kesibukan bekerja dan keluarga, hobi tetap kena teruskan...
Hanya dengan membuat sesuatu yang kita suka, kadang-kadang dapat melencongkan fikiran dari berfikir perkara-perkara yg memberatkan fikiran..Samalah juga seperti menonton filem komedi sekali-sekala...release tension...hehe

Saya suka tengok blog ni..

http://craftycupboard.net/2011/03/how-to-business-card-holder/

Menarik kan..Boleh simpan Business Kad Shaklee..
 

Dalam kepala dah plan untuk ke kedai jahitan cari barang yang nak guna..

Seronok..dah siap nanti kita update ye..
Berjayalah hendaknya.

Nurelsaad
misimembuatbisnesscardholdershaklee

Friday 23 May 2014

MEALSHAKES- Penyelesaian Masalah Sembelit Pada Kanak-Kanak





MEALSHAKES - Penyelesaian Masalah Sembelit Pada Kanak-Kanak

Kali ini ingin saya kongsikan pengalaman sendiri tentang masalah sembelit ni. 
Anak pertama yang berusia 2 tahun kerap mengalami masalah ini. Boleh dikatakan setiap hari kena sembelit.

Disebabkan masalah ini juga, saya mula cari rujukan dan tambahkan bahan bacaan berkenaan masalah sembelit ni.

http://drzubaidi.com/blog

Melalui perkongsian Dr Zubaidi Hj Ahmad di dalam blognya, bayi atau kanak-kanak akan menunjukkan tanda-tanda berikut:
       
"Antara tanda-tanda bayi atau kanak-kanak mengalami masalah sembelit apabila ia menunjukkan rasa resah atau tidak selesa ketika membuang air besar. Kanak-kanank lebih besar akan mengadu rasa sakit atau kelihatan meneran ketika membuang air besar.
Selain itu najis mereka kelihatan kering, keras, berbiji-biji seperti biji kacang. Kentut dan najis juga kemungkinan akan berbau lebih busuk"

cara mengatasi sembelit pada kanak-kanak


Sebagai ibu, apa yang meruntun hati ialah apabila mereka menangis kesakitan setiap kali kebilik air sepanjang  hari. Selagi "hajat" yang terbuku belum berjaya dikeluarkan, selagi itulah kita menjadi penungu setia di situ. Penat? Sudah tentu lah.

Berulang alik ke bilik air dengan tangisan anak yang tidak reda menambahkan stress. Apalagi kalau tangisan boleh didengar jiran sebelah menyebelah.  Silap haribulan ada yang buat aduan penderaan anak nanti. Manalah tau kan. Masyarakat sekarang lebih peka oleh kerana banyak kes penderaan berlaku.

Saya tahu ini bukanlah perkara biasa dan  saya perlu lakukan sesuatu. 

Tips mengatasi sembelit pada bayi dan kanak-kanak


Untuk masalah sembelit pada kanak-kanak ni, banyak petua sudah dicuba namun tidak berhasil. Lagipun kesannya agak lambat berbanding ubatan yang dibekalkan oleh doktor. (Cth: Lactulose). Lagipun, anak tak suka minum Lactulose ni yang rasanya macam air gula. 
Bayangkan terpaksa berkejaran keliling rumah semata-mata nak bagi sesudu teh ubat ni.
Makanya terpaksa guna cara lain seperti "blend" buah-buahan dan beri jus buah segar untuk tambahkan fiber dalam nutrisi hariannya. Namun cara ini berkesan untuk sesetengah jenis buah-buahan sahaja. Kebiasaannya perlu gunakan jenis buah berlainan setiap selang hari. Rutin yang agak leceh kan?


Jus buah sebagai fiber untuk mengatasi sembelit

Percaya atau tidak, meskipun cara di atas telah dibuat, ada ketikanya saya terpaksa mencuba langkah seterusnya seperti di bawah.

Pernah dengar tak pasal "rectal enema" ? Preskripsi ini diberikan oleh doktor bagi membantu melancarkan pembuangan najis. Kesannya sejurus selepas enema dimasukkan per rectal.  Dos untuk bayi dan kanak-kanak adalah terhad kepada 10ml sahaja sementara dewasa ialah antara 10-20ml. 


menggunakan enema jika anak sembelit



Meskipun pengunaan rectal enema ini sinonim dengan masalah sembelit, ia bukanlah penawar sebenarnya. Ia hanya memberi stimulasi atau rangsangan kepada otot-otot sekitar rectum untuk mengeluarkan najis dengan segera. 
Rasanya ibu-ibu yang ada pengalaman ke labour room pernah merasa effect segera rectal enema ni. Ada yang tak sempat ke tandas..hehe

Tapi tahukah anda,sekiranya penggunaan diteruskan, banyak masalah lain akan timbul. 
Pernah tak baca kesan sampingan penggunaannya? Mungkin tak perasan, atau mungkin dah nak cepat-cepat guna ubat tu kan? So just ignore  kertas kecil kat dalam tu kan?

Kalau nak tahu, antaranya jelas tertera ayat ini:
" Adverse effects, enema can cause rectal irritation, which can characterized by rectal bleeding, blistering, burning, itching or pain. There can also be skin irritation surrounding the rectal area"

untuk lebih faham, antara terjemahan maksudnya:

*rectal irritation   = iritasi di bahagian rektum
*rectal bleeding     = pendarahan rektum
*Blistering                =ruam berair
*burning, itching or pain = rasa panas, kegatalan dan sakit

Nampak je ayat tu rasa bersalah yang amat kerana bagi anak benda ni. Tapi apakan daya, hanya tu je caranya pada masa tu yang difikirkan boleh jadi penyelesaian. Takkan nak tunggu sampai berhari-hari kan?

Daripada blog rujukan juga turut  dinyatakan: 

Punca utamanya adalah susu formula. bayi yang diberikan susu formula lebih cenderung mendapat sembelit berbanding yang diberikan susu ibu kerana susu formula lebih sukar dihadam dan diserap ke dalam usus.

Nampak tak tang ayat susu formula tu? 

Sekali lagi dirundung rasa bersalah yang amat sangat. Sebabnya, saya tidak cukup berusaha untuk memberikan anak saya susu ibu sewaktu ia masih bayi. Susu formula yang pada mulanya saya fikir menjadi penyelesaian masalah, kini menjadi penyebab masalah.

 Saya akui, banyak perbezaan antara anak-anak yang minum susu ibu dan susu formula. Bayi saya yang kedua hanya menyusu badan, berbeza dengan kakaknya yang mula minum susu formula seawal 2 bulan. Anak kedua ini tiada masalah sembelit walaupun buang air besar selang 3 hari. 

Memang banyak kebaikan breastfeed ni. Untuk kesihatan ibu dan bayi. Tak mengapa di post akan datang akan saya kongsikan okey.

Menggunakan produk kesihatan SHAKLEE memberi kebaikan untuk saya. Manfaatnya untuk seisi rumah, baik ibu bapa hinggalah anak-anak. 

Penyelesaian masalah sembelit ini hanyalah dengan menambahkan produk MEALSHAKES SHAKLEE dalam menu hariannya.




Perisa vanila memang kesukaan anak saya. Selain melawaskan  pembuangan air besar, MEAL SHAKES SHAKLEE juga membekalkan tenaga berpanjangan kepada anak-anak. Ini penting untuk memastikan anak-anak kekal cergas dan aktif, sesuai dengan jadual harian mereka yang padat hingga ke petang.

Yang penting kita sebagai ibu bapa sentiasa menyediakan yang terbaik untuk anak-anak. 
Selain itu, haruslah istiqamah supaya manfaat diperolehi berterusan, teruskan berdoa dan bertawakal. Inshaa Allah pasti usaha anda berhasil.

Nak tahu lebih lanjut tentang MEALSHAKES SHAKLEE? Nak tahu Harga Promosi bulan ini?

Hubungi saya segera untuk pertanyaan dan konsultasi.


Nurel Saad
Shaklee Independent Distributor
ID 1136440
SMS/Whassupp: 011-29095993
www.facebook.com/mummycomfortzone
www.mummycomfortzone@gmail.com